Salam semua,
Hai korang... Apa khabar? Kadang-kadang kita xde idea nak masak apa utk sarapan pagi or minum petang or minum malam kan.. Apa kata korang cuba resepi paling simple and sedap ni, cik lady panggil Tuna Rock n' Roll... Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan-bahan :
Roti gardenia
Tuna spread - chili/pedas (suka hati)
Telur
Cheese (kepingan keju cheesedale)
Bekas cupcakes
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada 180' selama 10 minit
2. Gunakan kertas bekas muffin atau cupcakes
3. Letak sekeping roti gardeni dalam bekas tersebut secara berbentuk 'cup' tekan sket tengah2 tu utk letak isi tuna nnt...
4. Letak tuna spread ikut sukatan yg dimahu - lagi byk lg sedap
5. Pecahkan telur - letak di atas tuna spread
6. Letak kepingan cheese yang telah dipotong panjang (sekeping boleh potong 3-4)
7. Bakar dalam oven pada suhu 180' selama 15-20 min atau sehingga masak - make sure tak rentung hihi
Siapppp utk dimakan bersama-sama air teh o panas... Perghh hati2 ya, panas tau isi tuna dlm tu, kang melecur lidah korang huhu..Selamat mencuba, simple tapi sedap!
Tuna Rock n' Roll yang sangat simple tapi sedapp! |
- lady d
No comments:
Post a Comment