Ada satu malam tu cik lady teringin sangat nak buat char koay teow air tangan sendiri, tp waktu tu mama cik lady ada di rumah, dia plak x boleh nak makan seafood so cik lady pun gantikan seafood spt udang n kerang dgn ayam.. The taste? Hmmm not bad, sedapp! Resepi ni cik lady amik dari google jer, if im not mistaken drpd sini ...
Jom tgk bahan2 yg diperlukan :
Bahan A (paste) - modified recipe by me huhu
Isi ayam (cik lady guna ayam instead of seafood spt udang & kerang)
Bawang putih
Sos tiram
Kicap
Garam
Gula
Air
Bahan B
Sebungkus koay teow - cuci dulu
Bawang putih
Bawang merah - hiris halus
1 sudu makan cili paste (boleh juga guna serbuk cili or cili boh)
Taugeh
Telur
Minyak
Garam/gula
Cara-cara memasak:
1. Reneh naik paste ayam tersebut dgn cara merebus isi ayam dgn bawang putih, sos tiram, kicap n garam dan gula secukup rasa - agak2 rebusan dah mendidih, tutup api
2. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali
3. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau - api very slow elak hangit
4. Tumis cili paste hingga cili masak/garing sket
5. Masukkan paste rebusan tadi bersama2 isi ayam
6. Masukkan koay teow
7. Masukkan taugeh
8. Pecahkan telur
9. Masukkan gula/garam secukup rasa.. siapp!
Serve bersama2 kicap cair campur cili potong perghhhhh.... sedap tau, sbb char koay teow ni berkuah n x kembang sbb cik lady x biarkan lama atas api... Selamat mencuba...!
- lady d
No comments:
Post a Comment