Dah lama cik lady tak update kat sini...dapur berasap gak tp lupa nk update huhu..
Ni citer tahun lepas, cik lady ada pot luck kat ofis, waktu tu tatau nk buat ape, sekali teringat Crispy Chicken Salad yang cik lady penah makan kat restoren secret recipe..semangkuk dlm rm12.90 kot x salah, senang jer nak buat ni rupanya..Simple jer cik lady buat, biasa lah cik lady x suke nak susah2 hihi.. Jom tgk bahan2 yg diperlukan...
Bahan-bahan yang diperlukan :
Lettuce Romaine Salad (beli 1 kotak RM4.90 kat carefour pun cukup - cik lady suka lettuce romaine sbb crispy and sedap)
Timun jepun
Tomato cherry
Lada benggala (capsicum)
Ayamas chicken popcorn - goreng sampai garing
Sos cili Thai cap Ayam tuu...
Cara-cara :
1. Basuh segala salad, timun, tomato cherry dan capsicum sebersih bersihnya - potong sesuka hati nak saiz ape, disyorkan saiz yg senang nak ngapp
2. Goreng ayamas chicken popcorn hingga garing
3. Gaulkan kesemua daun daunan dengan ayam dan sos cili secukup rasa.. siapp!
Sedap tauuuu, skrg ni pun cik lady dah terliur huhu.. Sesuai dibuat ketika ada majlis makan2 ke, bbq ke.. sebab senang n murah n boleh dpt byk dalam satu belian hihi.. oh cik lady x berapa nak minat salad lain sbb lettuce romaine jer dah cukup utk cik lady as salad.. kadang2 salad lain cepat 'lembik' dan 'sembab'.. if you know wat i mean hihi..
Selamat mencubaaa....
Crispy Chicken Salad ala SR....sedappppp :p |
Kepada yang nak tgk sos cili thai tu, ni gambar nyer... Cik lady mmg minat sos ni sbb senang n sedap dimakan esp bila buat makan2 or bbq ker...kredit gambar kat google..
- lady d
No comments:
Post a Comment