Hi korang,
Hari ni masak ape? Kadang-kadang kita tak de idea nak masak apa kan... Ada juga masa di mana kita dah termasak nasi putih banyak, pastu rasa rugi pulak nak buang kan.. So simpan utk masak nasi goreng.. Antara semua nasi goreng, yg menjadi kegemaran cik lady sekeluarga ialah nasi goreng kampung, nasi goreng cina dan nasi goreng daging merah... Tapi hari ni cik lady nak kongsi resepi nasi goreng cina yang sgt2 simple tapi sedap... Jom tgk bahan-bahan yang diperlukan..
Bahan-bahan :
Nasi putih
Bawang putih
Telur
Mixed vege (cik lady guna isi jagung, carrot potong dadu sendiri, dan kacang buncis potong kecil)
Garam secukupnya
Perencah nasi goreng cina Adabi (sikittt jer)
Cara-cara memasak :
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih
2. Masukkan telur - gaul rata
3. Masukkan nasi - gaul
4. Taburkan perencah nasi goreng cina (guna sikittt jer tau)
5. Masukkan mixed vege
6. Masukkan garam secukupnya..
Voila, siappp! Sesuai dimakan begitu saja dgn kicap cili potong or sedikit ayam goreng perghhhh konpem menambah2 nasi tu... Selamat mencuba!
- lady d
No comments:
Post a Comment