Cik lady mmg terkenal suka buat masak2 esp bila ramai sedara mara berkumpul.. Dunno why but i always get very excited and bersemangat bila sedara berkumpul ramai2..pastu akan ada plak my aunt yg menyokong, maka mulalah cik lady plan nak buat tu nak buat ni..
Zaman dulu cik lady rajin buat bbq secara betul2 bakar arang all.. Penah sampai satu kampung (jiran2 n sedara mara keliling umah) dtg n lepak n makan2 n sembang2..almaklumlah masing2 dah besar n mula berhijrah ke kl, time raya slalu lah kitorg berkumpul. Sampai lah satu malam tu, kitorg buat bbq, sekali nyamuk datang menyerang satu rumah (dipercayai akibat asap bbq yg pegi ke arah hutan belukar kat belakang umah) huhu abis anak2 kecil xleh duk n nangis sbb kena gigit nyamuk, seriously sgt scary time tu k.. pastu last dah x buat bbq ala bakar2 lagi dah hihi.. Itu citer zaman x kawen lagi..hihi bila dah kawen, mula la kecilkan skop buat utk family jer.. Bbq pun style grill atas pemanggang ikea di atas dapur gas jer hahah...
Tapi antara semua yg senang cik lady uruskan ialah steamboat.. Steamboat ni senang nak urus sbb kita just beli bahan2, siapkan meja, buat kuah sup/tom yam yg sedap, sos yg sedap, pastu nnt tetamu boleh lah start memasak sendiri.. haaa kan dah senang keja tuan umah..yg penting kuah mesti tip top dan sos pun kena sedap.. Itu jer rahsianya....
Jom tengok bahan-bahan yg diperlukan :
Bahan2 Mentah
Isi ayam, daging - ikut suka
Seafood (udang, sotong, ketam, ikan - ikut suka)
Bebola bebola (udang, sotong, ikan, ayam - ikut suka)
Crab stick, fish stick all stick lah ikut suka..
Hotdog dll
Cendawan enoki (yang halus2 panjang2 mcm kat johnny's)
Sayur sawi, sayur bayam, bunga kobis
Meggi - jenama cintan sedap!
Atau bihun/mee/koay teow ikut suka anda
Bahan2 sup/tom yam
Bawang merah
Cabai hidup (tumbuk)
Serai
Lengkuas
Pes tom yam (kalau tak nak, guna cabai hidup byk2)
Daun limau purut
Asam keping
Garam/gula secukupnya
Daun ketumbar
Batang saderi - ikut suka
Sos
Sos cili Thai cap Ayam
Bijan
Daun ketumbar
Cara-cara :
1. Bahan-bahan mentah yang dibeli, dicuci dan dipotong mengikut suka hati nak masuk mulut dan diletakkan di dalam bekas2 yang sesuai - disyorkan bahan2 mcm isi ayam all letak dlm peti ais dulu..
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, cabai hidup, serai, lengkuas...
3. Masukkan pes tom yam secukupnya / cili kisar
4. Masukkan air dan asam keping
5. Reneh hingga naik - masukkan daun limau purut, batang saderi, daun ketumbar
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.. agak2 apa yg x cukup time ni lah tambah kasik tom yam tu sedap..
7. Sebelum masukkan kuah tom yam ke dalam periuk steam boat, tapis dulu bahan2 tadi agar kuah yg kosong je kita guna utk steam boat, so xde la bhn2 asing yg termasuk dlm steamboat kita nnt...
8. Utk buat sos, guna sos cili thai cap ayam, tambah sedikit air panas, pastu masukkan biji bijan n daun ketumbar yg telah dihiris.. serta garam n gula secukupnya. Kalau xnak masak sos pun xpe, kalau nak masak atas api pun okay..tambahkan sos tiram kasik sedap n umpph sebijik mcm sos Johnny's tau huhu
Siappp tuk dihidang depan tetamu... Simple, but trust me sgt2 sedap! Ditambah dengan megi n sayur2 yg fresh n sos yg sedap, perghhh memang meleleh air liur huhu.... Selamat mencuba!
- lady d
No comments:
Post a Comment