Wednesday, July 25, 2012

Udang Goreng Butter Perghh...

Salam and hi korang,

Ni antara menu yang akan cik lady masak hari ini, sempena tema kita masakan ala Thaiii.. sawadikapp... Okay, kita dah ada resepi Tom Yam Ayam, Kailan Ikan Masin... so lagi satu lauk kita ialah Udang Goreng Butter... perghhh... jom tgk bahan-bahan simple yg diperlukan..

Bahan-bahan yang diperlukan :



100-200 gm udang (sederhana baru manis n sedap)
30 gm unsalted butter (kalu nk berkuah, tambah lagi butter)
2 ulas bawang putih
2 biji telur
30 ml susu (fresh atau susu cair pun okay)
2 keping cheese (cheddar pun okay)
2 biji cili padi
daun kari
garam dan kunyit

Cara-cara :

1. Mula-mula panaskan minyak, goreng udang bersama garam dan kunyit, angkat dan tos
2. Masukkan butter.. cair.. masukkan bawang putih... goreng hingga naik bau...
3. Masukkan telur, kemudian pukul cepat2 utk garing...
4. Masukkan cili dan daun kari..
5. Masukkan susu dan cheese... last sekali masukkan kembali udang tadi..

Main campak2 jer bahan2 tadi... Tadaaa.. sedia utk dihidang.... yummy... selamat mencuba..!

lady d

No comments:

Post a Comment