Monday, July 23, 2012

Ayam Goreng Berempah Bestt!

Salam and hi korang,

Haaa ni satu lagi.. utk melengkapkan lauk kita pada hari ni, cik lady nak buat ayam goreng berempah besst! heheh pelengkap kepada asam pedas kita and sambal belacan goreng huhu... jom tgk bhn2 n cara2 nya yang simple itu...

Nampak mcm tak sedap... tapi sedappp! ;)

Bahan-bahan yang diperlukan:



1/2 ekor ayam
1 labu bawang besar *
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
1 sudu besar serbuk kari daging *
1/2 sudu besar serbuk cili *
5 batang serai - dihiris kecil *
1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis *
1/2 sude besar jintan putih *
1 sudu besar lada hitam *
Garam & gula
2 tangkai daun kari
air 100 plus/sprite
minyak

Cara-cara memasak :
1. Kisar semua bahan bertanda *
2. Peram ayam dengan garam dulu (bagi meresapkan rasa masin) kemudian baru perap dengan bahan kisar tadi..
3. Nak bagi perapan lebih meresap, letak sedikit air 100 plus/sprite.. mmg akan lebih sedappp!
4. Goreng ayam dalam minyak yang cukup dan panas...
5. Masukkan daun kari sebelum angkat ayam tu..

tadaaaa....... sedap ooo... selamat mencuba.... ;P

* cik lady dah try peram ayam dan goreng, mmg best! just a reminder, kalu goreng tu jgn lama2 sgt sbb tak nak ayam terlalu kering (sbb air dr ayam tu keluar) pastu ayam jadi keras.. agak2 nmpak air dr ayam tu da mula keluar, bolehlah tos dan hidang.. so isinya akan menjadi lembut tp rasa tetap kick! selamat mencuba.. :)

lady d

No comments:

Post a Comment