Hari ni cik lady nak masak Sambal Tumis Sotong sbb teringggiiin sangat nak makan ni ngan nasik putih panas2 since last week lagi.. Hmm ptg nnt ada pasar malam, boleh lah singgah kejap beli sotong yang fresh dan besar (sebab isi sotong akan mengecil nnt)... Okay jom kita tgk bahan2 dan cara2 memasaknya...
Bahan-bahan yang diperlukan :
Sotong
Bawang besar - kisar
Bawang besar - potong bulat
Bawang putih - kisar
Belacan - kisar
Cili kering - kisar
Jus asam jawa / limau kasturi
Sos cili
Sos tiram
Garam dan gula
Daun Ketumbar
Minyak
Cara-cara :
1. Panaskan minyak - tumiskan bahan2 kisar (bwg putih+bwg besar) hingga kekuningan
2. Tumis cili kering dan belacan hingga pecah minyak - api yang slow ya
3. Masukkan jus asam jawa, sos cili dan sos tiram
4. Masukkan sotong
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa...
6. Hidang dengan daun ketumbar...
Wallawehhh senang jerr... nak ngan tak nak buat jer huhu... hmmmm cik lady nak mkn ngan nasi putih, dan sayur kailan lah... sedapnyaaaa.... selamat memasak..
lady d
No comments:
Post a Comment