Salam and hi semua,
Hari ni cik lady bercadang utk masak tom yam ayam (perencah sendiri) utk berbuka nnt... Bahan-bahan dah dibeli semalam kat pasar malam (senang, fresh n murah)... So mari kita tgk bahan2 yang diperlukan..
Bahan-bahan yang diperlukan :
Isi ayam / tulang ayam pun boleh (manis)
1 labu bawang besar (dimayang bulat)
Cili padi ( Cabai melaka dihiris utk elak meletup ketika menumis)
Cili kering + bwg merah (dikisar sekali)
Daun limau purut
Asam keping / perahan air asam jawa
Serai (dititik)
Tomato (dihiris)
Minyak
Garam dan gula
Daun ketumbar
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang besar, cili padi dan tumis
3. Masukkan cili kering yang telah dikisar bersama bawang merah- tumis
4. Masukkan isi ayam
5. Masukkan serai dan daun limau purut
6. Masukkan asam keping / perahan air asam jawa (ikut tahap kemasaman yang diingini)
7. Masukkan air.. masak biar mendidih
8. Masukkan tomato / apa2 sayur yang ada suka..
9. Last sekali masukkan garam dan gula secukup rasa...
10. Sebelum hidang, taburkan daun ketumbar utk bau dan rasa yang sgt best!
Selamat mencuba.... :)
lady d
No comments:
Post a Comment