Monday, July 22, 2013

Sayur Buncis Simple

Salam semua,

Selain daging goreng dan sup, cik lady masak jugak sayur yang simple sbg pelengkap lauk kita huhuhu kadang2 kalau dah malas or tak sempat sangat, boleh jer masukkan sayur buncis atau kacang panjang dlm daging goreng tadi, tapi selalu akan sangat berminyak, jadi cik lady x minat lah..

Untuk sayur buncis simple ni, mmg simple habis sebenarnya.. Senang je masak sayur ni.. Jangan byk bahan dan jangan masak terlalu lama takut layu..

So bahan-bahan yang diperlukan ialah :



Bawang putih diketuk/dihiris halus
Kacang buncis, dihiris nipis dan menyerong
Cili hidup dihiris nipis
Lobak merah dihiris nipis
Bawang besar, dihiris nipis
Minyak, garam dan air

Cara-cara memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bawang putih hingga naik bau
3. Masukkan garam secukupnya
4. Masukkan kacang buncis
5. Masukkan air secukupnya
6. Masukkan lobak merah, bawang besar dan cili hidup

Siapp dihidang! Jangan memasak terlalu lama ya.. Baru lah rangup n rasa fresh! Simple jerr huhuhuhu

Tips : Kalau nak memasak semua lauk tadi, make sure rancang betul2 nak masak yang mana satu, saya syorkan masak nasi dulu, kemudian reneh sup daging sambil2 reneh daging untuk goreng kunyit, kemudian gorenglah daging tersebut, and then goreng sayur, last skali boleh buat air asam... simple, tapi leh siap 4 lauk dalam masa sejam... Selamat mencuba!


Sayur Buncis Simple Tapi Sedap! 

- lady d

No comments:

Post a Comment