Salam semua,
Lauk utama hari kelmarin dulu adalah gulai ayam wangi.. Nape wangi sbb ada rempah ratus yg mewangikannya huhuhu
Sampai je umah, cik lady trus tanak nasi..letak daun pandan sehelai utk bau yang harum dlm nasi..
Sambil2 keluarkan ayam dan defrost di bawah aliran air paip sbb nk cepat lembutkan ayam..
So bahan-bahan yang diperlukan :
4 ketul daging ayam
2 biji ubi kentang dipotong dadu
Sebiji bawang besar - diblend
Kari ayam sepeket
Bawang putih - dihiris halus
Bawang merah - dihiris halus
Rempah ratus (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, jintan manis, jintan putih)
Setengah peket santan pekat RM1
Dua mangkuk air
7 sudu besar minyak
Sebiji tomato dibelah 4
Cabai hidup dipotong
Daun kari
Air asam jawa
Gula & garam secukupnya
Cara-cara memasak gulai ayam wangi ni :
1. Blend bawang besar dgn air dan campurkan dalam sepeket kari ayam - biar seketika
2. Panaskan minyak - tumis bawang putih & bawang merah
3. Masukkan rempah ratus & daun kari - tumis hingga wangi
4. Masukkan kari ayam yang telah dicampurkan dgn bwg besar blend- tumis dgn api perlahan hingga naik minyak dan rempah betul2 masak (ni rahsia kari sedap)
5. Masukkan santan & air asam jawa
6. Masukkan air
7. Masukkan isi ayam dan ubi kentang - masak hingga empuk
8. Masukkan tomato & cabai hidup
9. Masukkan gula dan garam secukupnya
Siappp! Senang je masak kari ni tau.. Kalau nk lg enak, kuah tu memula biar lebih.. Pastu masak hingga kuah menjadi pekat dan likat.. Waaahhh terliur plak cik lady huhuhu
Selamat mencuba ya!
* sukatan2 ni adalah rahsia dr mama cik lady.. Mmg gulai dia tip top!
- lady d
No comments:
Post a Comment