Untuk pelengkap menu bertemakan daging, tidak lengkap tanpa adanya air asam penambah selera..
Haaaa air asam tanpa belacan ni ada sejarahnya tersendiri huhuhu sebenarnya, air asam ni terwujud sbb my mum xleh mkn belacan (resdung lah bersin lah) so terpaksalah meng"invent" kan sket air asam ni... Tapi still sedap!
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bawang besar - dipotong dadu
Cabai melaka - dihiris halus
Buah limau nipis - amik jus
Buah tomato - dipotong dadu
Garam
Air masak
Cara-cara :
1. Bawang dan cabai melaka yang telah dihiris tu dimasukkan dalam mangkuk - masukkan air suam, garam dan perahan limau nipis - gaul dan tekan2 sket bawang dan cili untuk rasa yg pedas huhuhu
2. Masukkan buah tomato - gaul lagi
3. Make sure garam n perahan jus serta air adalah mencukupi
Siappp! Paling sedap kalau masukkan air asam ni dlm peti sejuk, nnt time nak makan baru keluar kan, perggh mmg sgt best dimakan bersama daging goreng kunyit.. Huhuhuhu meleleh..
So, selamat mencuba semua.. Sekian dahulu menu simple saya bertemakan daging... Selamat berbuka!
Tips : Kalau nak memasak semua lauk tadi, make sure rancang betul2 nak masak yang mana satu, saya syorkan masak nasi dulu, kemudian reneh sup daging sambil2 reneh daging untuk goreng kunyit, kemudian gorenglah daging tersebut, and then goreng sayur, last skali boleh buat air asam... simple, tapi leh siap 4 lauk dalam masa sejam... Selamat mencuba!
Air Asam Tanpa Belacan |
Lauk pauk bertemakan daging, siap dalam masa 1 jam! huhuhu |
- lady d
No comments:
Post a Comment