Tuesday, December 11, 2012

Tuna Bruschetta

Salam and hi all,

Well hari ni cik lady nak kongsi resepi Tuna Bruschetta atau dalam bahasa Malaysia nya, pizza kecik tuna hahaha... okay, idea ni dtg apabila cik lady beli baguette.. haaa i ni kalu nampak baguette kat pasar raya, konpem x lepas dr membeli... satu mgkn sbb rasanya yg sedap, pastu bau baguette ni best.. okok enuf of tat... jadi baguette ni slalu cik lady mkn bersama mentega dan jem, atau potong kecik2 letak sekali dalam salad... jadi pd suatu hari, terlintas dlm kepada cik lady nak buat pizza kecik ala2 camtu la... tgk ada baguette, so cik lady pun pi la beli tuna ready made dlm tin (yg utk sandwich spread tu)... Meh kita tgk bahan-bahannya:

Bahan-bahan yang diperlukan :



Roti baguette - hiris nipis2 dan menyerong
Mentega
Bawang putih
Tuna spread
Capsicum - dipotong dadu
Sos cili atau sos tomato
Keju mozarella - shredded
Oregano

Cara-cara :
1. Potong roti baguette tu nipis2 (tak la nipis sgt) n menyerong - susun atas tray
2. Sapukan mentega
3. Taburkan bawang putih yang telah dicincang  halus atas setiap sapuan mentega tadi
4. Letak tuna spread secukupnya (kalu nak sedap, letak la banyak2)
5. Taburkan lada capsicum yg telah dipotong dadu - secukup nya
6. Letak sos cili atau sos tomato mengikut kesukaan anda - tak perlu byk, just utk perasa pedas
7. Taburkan keju mozarella yang telah di 'shredded'
8. Last sekali taburkan serbuk herba oregano atas keju tadi...
9. Panaskan oven pada heat 180' - letak tray dlm oven selama 10-15 minit bergantung pd kegaringan bruschetta yang korang nak...
10. And u may serve it with sos tobasco - perghh! selamat mencuba!

Tuna bruschetta untuk 2 orang ;)

Dalam pemerhatian cik lady, kalu beli 1 baguette yang panjang tu, beserta 1 tin tuna cap ayam brand, leh buat tuna bruschetta ni 4 kali dalam seminggu utk 2 org makan.. means, sekali buat tu dalam kuantiti yang seperti dalam gambar di atas.. dah cukup mengenyangkan utk dinner (serve with home made salads)... Selamat mencuba kawan-kawan! :)

lady d

No comments:

Post a Comment