Saturday, August 31, 2013

Nasi Lemak Kangkung


Salam semua,

Apa khabar? Lama dah cik lady x update kat sini kan? Ye lah, selagi x masuk dapur selagi tu lah x update hehe

Hari ni hari ahad, hari bermalas-malasan.. Hari nak masak sekali je utk siang leh x? Huhuhu maka, mulalah cik lady tercari2 menu apa yg sesuai yang menepati citarasa sendiri ni... Haaa kita masak nasik lemak ya.. Senang je.. N sedap huhuhu

Bahan-bahan yang diperlukan:



Untuk nasi:
Beras
Santan (guna brand Kara sedap!)
Air
Bawang merah -hiris halus
Halia - hiris halus
Serai - diketuk
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Daun pandan
Garam

Cara memasak nasi :
1. Basuh beras hingga bersih
2. Masukkan air dan santan secukupnya
3. Masukkan semua bahan2 tadi
4. Masukkan garam secukup rasa
5. Tanak hingga masak dan berbau wangi
6. Bila dah masak - kareh/gaul nasi bagi betul2 masak
7. Balut dengan daun pisang
8. Siapp!









Bahan-bahan untuk sambal tumis:

10 tangkai cili kering - rendam dlm air panas - diblend
5 tangkai cili hidup - dipotong & diblend
1 labu bawang besar - diblend
3 ulas bawang merah- diblend
1/2 biji tomato - diblend
Sedikit ikan bilis - diblend bersama bahan2 di atas
Sedikit ikan bilis - dimasak di dalam kuali
Serai - diketuk
Bawang merah - dihiris halus
Bawang besar - dipotong mayang
Asam keping
Garam & gula
Minyak
Madu/gula merah

Cara-cara memasak sambal tumis :
1. Blend semua bahan yg perlu iaitu bawang besar, bwg merah, cili kering, cili hidup, tomato, ikan bilis
2. Panaskan minyak, tumis serai dan bawang merah hingga wangi
3. Masukkan bahan diblend tadi - masak dgn api perlahan hingga pecah minyak
4. Masukkan ikan bilis, bawang besar, dan asam keping
5. Masukkan garam, gula dan air bercampur madu/gula merah
6. Masak hingga pecah minyak - rahsia nk sedap - rasa dulu garam gula asam secukupnya - konfiden sedap , tutup api
7. Siappp ! :)













Bahan-bahan lain :

Kangkung - dipotong dan direbus
Telur - direbus
Ikan bilis - digoreng garing

Simple je kan.. Pastu siap utk dihidang...

Tadaaaa... Settle menu utk hari ahad ni...









Selamat mencuba ya!

- lady d

No comments:

Post a Comment