Monday, December 27, 2010

Yee Mee Soup simple tapi sedap



Salam and hi people!


Dah dua malam berturut-turut cik lady masak yee mee soup... first nite, waktu final piala suzuki part 1, kelam kabut buat sbb nak mkn dpn tv..huhu so tak berapa nak enjoy sgt time tu... then semalam mr hubby kata buat lah lagi sbb nak enjoy betul2... heheh actually yee mee ni ada resepi lain yg cik lady belajar dgn Master Chef Sabri 2 tahun sudah... yg itu agak complicated, tp sgt sedap.. alar , yang mcm korang mkn sizzling yee mee kat food court tu, cuma kuah tak pekat la, kalu nak pekat kena tambah air jagung byk lg... tp kali ni cik lady nak kongsi wat yee mee soup yang simple utk dinner.. sbb kadan2 tak nak mkn nasi time mlm, just nak smth simple yet mengenyangkan... ni hasilnya utk buatkan korang terliur dulu huhuhu....




k, dah puas tgk, terliur tak hahaha.. nak buat ni sgt sgt la senang n sedappp... abis satu mangkuk ni tau...


Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Spagetthi Bolognese

Salam and Hi People!


Hari ni cik lady nak berkongsi resepi tuk masak spagetthi bolognese (chicken or beef) yang mmg menjadi kegemaran cik lady dan mr hubby... 






Antara bahan-bahan yang diperlukan:


1/2 paket spagetthi (cukup utk 2 org)
1 tin prego original
1/2 peket daging cincang (ayam or beef)
Bawang putih - dicincang halus
Bawang merah - dipotong dadu
Susu Cair
Keju
Garam dan Gula
Buah tomato
Minyak 
Air
Herba Oregano


Cara-cara nak masak.. simple and senang jer....


Utk masak spagetthi:
1. Rebus spagetthi dalam air yang cukup 
2. Masukkan minyak dan garam sikit untuk tambah rasa
3. Make sure korang sentiasa periksa spagetthi tu.. bg masak betul2 dan tak terlalu kembang (nnt tak sedap)...
4. Setelah sure spagetthi tu masak, tos kan air...
5. Letak mentega utk elakkan spagetthi melekat antara satu sama lain... siap!


Utk kuah bolognese:
1. Panaskan minyak masak
2. Masukkan bawang putih - tunggu hingga kuning dan berbau harum
3. Masukkan daging cincang, garam dan serbuk lada utk bau yang wangi - goreng sampai garing
4. Masukkan bawang putih & cili giling (kalu nak pedas sket)
5. Setelah bahan2 td dah garing n hampir masak - masukkan sos prego & air sikit (kalu tak nak pekat)
6. Bila kuah dah mula mendidih - masukkan susu cair utk rasa lemak 
7. Masukkan juga keju (1/2 keping ) sbb keju masin..tp menyedapkan...
8. Kalau suka buah tomato, leh masukkan hirisan buah tomato, tp jgn banyak, takut kuah jd terlalu masam...
9. Garam dan gula secukup rasa ikut citarasa masing-masing
10. Bila kuah da hampir siap, last masukkan herba oregano utk bau yang wangi... siap di hidang! 


Yummy, good luck utk korang try, very simple tapi sedap... tgk la mr hubby makan tak hengat dunia huhuhu..






ladyinthepink

Wednesday, December 15, 2010

Nasi Arab + Grilled Lamb Rib

Salam korang,

Haih time keje nih, tetiba cik lady teringat kat nasi arab + grilled lamb rib yang cik lady slalu wat.. hmm dah lama tak masak.. en hubby sgt suka kalu cik lady masak makanan ni.. di tambah dgn fresh salad dan sos lada buatan sendiri.. perggh mmg terangkat... tgk jer gambar bwh ni yg cik lady cilok dr blog en hubby heheh..... nnt cik lady akan postkan resepi dan cara2 memasaknya utk dikongsi bersama korang k..... enjoy looking at the pic ya ppl! (terliur cik lady ish ish....)

10 easy steps to make Famos Amos' Cookies

Salam korang,

Sempena petang yang mulia ni, memandangkan cik lady dah nak balik kejap lagi (pegi gym dulu)... cik lady nak post pasal the making of Famos Amos' Cookies...hmmmmm the taste..the smell... yummmy..! walaupun tak de la 100% spt Famos Amos yg famos tu http://www.famous-amos.com/...tp boleh la kalu korang nak try kat umah... very the simple n easy...

Biskut ni cik lady wat time raye hari tu.. first week puasa dah start testing kat umah.. n the result? ---> encik hubby suker... ;) so, tanpa membuang masa, cik lady amik la gambar2 utk cik lady kongsi ngan korang...dan resepinya yang sungguh mudah itu..oh i lurrrvee it!

cik lady tambah bersemangat bila encik hubby belikan Pengadun atau Mixer jenama Pensonic yang sungguh affordable itu... (tak sampai rm 100 pun kat Giant)... lagi la senang keje cik lady, tak yah adun pakai tangan ;P


 


Okay, bahan-bahan yang diperlukan adalah sgt mudah diperoleh dan disukat... iaitu :

1 1/2 cawan tepung gandum
150 gm    butter
1       cawan nestum
3/4    cawan gula castor/ gula pasir / brown sugar
1       biji telur
1       sudu teh esen vanilla
1/2    sudu teh baking powder
1/2    sudu teh soda bicarbonat
1       cawan choc chips
1       cawan raisins

senang je kan? mcm ni lah cik lady sukat n siapkan bahan2 tu....



 

 

Cara-cara nak start wat cookis famos amos ni:

1. Kacau mentega dan telur hingga kembang, macam ni :




 2. Kemudian, masukkan esen vanilla ke dalam adunan yang dah kembang tadi, dan terus kacau :



3. Kemudian, masukkan tepung bersama nestum ke dalam adunan tadi, korang akan rasa adunan jadi makin padat n keras...


4. Setelah itu, masukkan serbuk penaik dan soda  bikarbonat ke dalam adunan... nak bagi cookies tu kembang sket, baru comei...:)

 

5. Bila rasa adunan dah okay, barulah masukkan choc chip berselang seli  ngan raisins.... kalu nak cantik lagi, setiap kali letak choc chip atau raisins tu,  taburkan tepung dlm adunan tu.... mcm ni:




 

6. Yeayy, adunan dah siap.... skrg tiba giliran tuk kita menggentel-gentel cookies tu n letak atas talam... cik lady guna tudung periuk jer heheheh.....




7. At the same time, korang panas kan oven pada suhu 170'c selama 10 minit supaya bila kita nak masukkan cookies nnt, cantik la cookies tu masak....

 

 8. Setelah itu, masukkan cookies ke dalam oven selama 15 - 20 minit... jaga-jaga , jgn sampai hangit ya....

 

9. Setelah itu, keluarkan cookies yang siap dibakar, dan sejukkan dulu cookies tu....


 

 

10. Akhir sekali, masukkan cookies ke dalam  balang dan mulut korang heheheheheh....

 

 

Cookies Famos Amos' cik lady dah siappppp.. yeayyy...! senang bukan? korang try la... pastu jgn lupa bagitau feedback kat cik lady ya... sedap ke tak? rangup ke tak?? hmmmm yummmy!.... good luck ppl!