Wahhh page ni sangat2 berhabuk huhu... Sorry lama tak bersiaran.. Okay kali ni cik lady nak share satu lagi resepi yang simple tapi sangat2 sedap ecehhhh... Sebenarnya dah lama cik lady mengidam nak makan Ayam Masak Cili Ohsem ni... apatah lagi bila tgk adik perempuan jejai si cholla tu duk masak ni kat ig dia..pergghh meleleh air liur kalau makan dgn nasi panas2 kan? Jom tgk bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan-Bahan Asas (Ayam Goreng) :
Ayam - potong kecil
Garam
Kunyit
Minyak
- Perap ayam dengan garam dan kunyit secukup rasa.
- Goreng dalam minyak yang panas hingga garing.
- Angkat dan toskan.
Bahan-bahan (sambal cili) :
10 tangkai cabai kering (1 tangkai untuk 1 ketul ayam)
Cili hidup - 2 tangkai
Cili melaka (jika nak pedas)
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia (1 inci)
Sedikit belacan
Buah tomato/sos tomato
1 batang serai
Asam keping (1 keping)
Gula
Garam
Cara-cara :
1. Goreng ayam dan toskan.
2. Cili kering - dicuci dan direbus atas api - mendidih, angkat -toskan.
3. Blend semua bahan2 lain (kecuali cili kering, serai, asam keping, garam dan gula) - letak tepi
4. Blend cili kering separa halus (biar besar2 cili tu) - kalau nak pedas, blend sekali cili melaka.
5. Gunakan minyak gorengan ayam tadi - tumis cili kering & cili melaka dahulu dalam minyak tersebut - tips bg mengurangkan rasa pedas.
6. Kemudian masukkan bahan2 yg telah diblend lain. Goreng hingga pecah minyak.
7. Masukkan asam keping dan serai yg telah diketuk.
8. Masukkan gula (1 sudu besar) dahulu.
9. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
10. Setelah sambal nampak masak dan pecah minyak - baru masukkan ayam dalam kuali utk make sure ayam disaluti cili ohsem.
11. Hidang.. taraaaaa simple jek.. tapi rasanya? marvellessssss!
Tips :
* Ganti tomato dgn sos tomato jika xada ya..sedapp..sikit je dlm 2 sudu besar...
* Tumis cili kering & cili melaka terlebih dahulu utk kurangkan rasa pedas
Ishh teringat cik lady masak kemarin untuk berbuka sampai sekarang teringat lagi rasanya.. sedapnya huhu makan bersama nasi putih panas2 dan sayur buncis dan keropok ikan terengganu... perghh mak mertua lalu kat belakang pun tak nampak dahh hihihi... Selamat mencuba... Simple jek, main blend2 dan campak2 k... Jom layan gambar biar terliur kekekekek...
Taraaaa......inilah Ayam Masak Cili Ohsem by Cik Lady hahaha... kita main campak2 ajee..
.
.
.
.
.
.
Hidangan berbuka petang semalam....
.
.
.
.
.
.
The famous Cucuq Jagung by my mom hihi.. request by anak & cucu kekekek...
A simple kacang buncis goreng....ni memang simple jek tapi sedap haha...
saja layor sekali lagi
.
.
.
.
.
Selamat berbuka puasa....keropok ikan jangan dilupa...cuba lah makan dengan nasi dan ayam ni, perghhhhh....konpem tambah nasi 3 kali huhu...
Yang ikhlas,
-lady d
No comments:
Post a Comment