Lauk bertemakan ayam diserikan lagi dengan ayam goreng simple tapi sedap...
Kita dah ada gulai ayam, tapi kadang2 yang goreng tu menyedapkan lagi lauk kita kan..
Resepi ni plg simple n senang nk masak.. Kadang2 after beli ayam, terus goreng dan makan dgn nasi beras wangi panas2..perggghh cukup lah huhuhu
Bahan-bahannya:
Daging ayam dipotong dan dicuci bersih
Garam
Kunyit
Bawang besar dimayang melintang
Cabai hidup dihiris halus
Minyak
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak atas kuali
2. Masukkan ayam yang telah diperap dgn garam dan kunyit terlebih dahulu (nak sedap make sure semua isi dibaluti kunyit)
3. Bila ayam hampir masak - masukkan bawang besar dan cabai hidup - hingga garing
Siappp! Simple, tapi sgt2 sedap.. Kalaj boleh jgn goreng ayam sampai terlalu garing kerana ini bermakna air dlm ayam mengering dan nnt ayam goreng jadi keras huhuhu
Selamat mencuba!
- lady d
No comments:
Post a Comment