Sunday, June 19, 2016

Salam Ramadhan - Resepi Ayam Masak Cili Ohsem

Assalammualaikum w.b.t korangs,

Wahhh page ni sangat2 berhabuk huhu... Sorry lama tak bersiaran.. Okay kali ni cik lady nak share satu lagi resepi yang simple tapi sangat2 sedap ecehhhh... Sebenarnya dah lama cik lady mengidam nak makan Ayam Masak Cili Ohsem ni... apatah lagi bila tgk adik perempuan jejai si cholla tu duk masak ni kat ig dia..pergghh meleleh air liur kalau makan dgn nasi panas2 kan? Jom tgk bahan-bahan yang diperlukan :

Bahan-Bahan Asas (Ayam Goreng) :
Ayam - potong kecil
Garam
Kunyit
Minyak

- Perap ayam dengan garam dan kunyit secukup rasa.
- Goreng dalam minyak yang panas hingga garing.
- Angkat dan toskan.

Bahan-bahan (sambal cili) :
10 tangkai cabai kering (1 tangkai untuk 1 ketul ayam)
Cili hidup - 2 tangkai
Cili melaka (jika nak pedas)
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia (1 inci)
Sedikit belacan
Buah tomato/sos tomato
1 batang serai
Asam keping (1 keping)
Gula
Garam

Cara-cara :
1. Goreng ayam dan toskan.
2. Cili kering - dicuci dan direbus atas api - mendidih, angkat -toskan.
3. Blend semua bahan2 lain (kecuali cili kering, serai, asam keping, garam dan gula) - letak tepi
4. Blend cili kering separa halus (biar besar2 cili tu) - kalau nak pedas, blend sekali cili melaka.
5. Gunakan minyak gorengan ayam tadi - tumis cili kering & cili melaka dahulu dalam minyak tersebut - tips bg mengurangkan rasa pedas.
6. Kemudian masukkan bahan2 yg telah diblend lain. Goreng hingga pecah minyak.
7. Masukkan asam keping dan serai yg telah diketuk.
8. Masukkan gula (1 sudu besar) dahulu.
9. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
10. Setelah sambal nampak masak dan pecah minyak - baru masukkan ayam dalam kuali utk make sure ayam disaluti cili ohsem.
11. Hidang.. taraaaaa simple jek.. tapi rasanya? marvellessssss! 

Tips :
* Ganti tomato dgn sos tomato jika xada ya..sedapp..sikit je dlm 2 sudu besar...
* Tumis cili kering & cili melaka terlebih dahulu utk kurangkan rasa pedas


Ishh teringat cik lady masak kemarin untuk berbuka sampai sekarang teringat lagi rasanya.. sedapnya huhu makan bersama nasi putih panas2 dan sayur buncis dan keropok ikan terengganu... perghh mak mertua lalu kat belakang pun tak nampak dahh hihihi... Selamat mencuba... Simple jek, main blend2 dan campak2 k... Jom layan gambar biar terliur kekekekek...


Taraaaa......inilah Ayam Masak Cili Ohsem by Cik Lady hahaha... kita main campak2 ajee..
.
.
.
.
.
.




Hidangan berbuka petang semalam....

.
.
.
.
.
.



The famous Cucuq Jagung by my mom hihi.. request by anak & cucu kekekek...




A simple kacang buncis goreng....ni memang simple jek tapi sedap haha...




saja layor sekali lagi
.
.
.
.
.



Selamat berbuka puasa....keropok ikan jangan dilupa...cuba lah makan dengan nasi dan ayam ni, perghhhhh....konpem tambah nasi 3 kali huhu...




Yang ikhlas,

-lady d










Monday, April 6, 2015

Resepi Lobster Masak Butter Simple Tapi Sangat Sedappp!

Salam dan hi semua,

Dah lama cik lady tak update resepi terkini kan.. Sorry le huhu... Baru-baru ni, eh tak la bulan Februari hari tu, Cik Lady berkesempatan masak untuk family makan beramai-ramai sempena besday Cik Lady dan my aunt yang jatuh pada hari yang sama... tapi kitorg buat makan-makan tu seminggu after besday lah, dan rumah Cik Lady menjadi tempat berkumpul untuk kali ni...

Kebetulan, kawan baik Cik Lady pergi ke Sabah dan Cik Lady minta beliau belikan beberapa barang basah iaitu seafood yang terkenal murah kat sana kan... So dia pun tolong lah beli dan mak aiii banyak nyer... Tunggu time camni lah baru best masak dan makan beramai-ramai...

Antara masakan utama malam tu adalah Lobster Masak Butter special..yang mana resepinya Cik Lady ambil dari sebuah blog kat internet ni...tapi Cik Lady ada innovate sikit resepi ni kasi lemak-lemak dan lebih umpph....

Actually ni first time Cik Lady masak lobster huhu dulu penah makan kat kedai je la, dan waktu tu kitorang makan kat Restoren Victoria Station pada harga RM199 seekor...hmmmm yang tu lobster US..dan siap masak, memang la sedap kann kekekekek

Okay berbalik pada citer Cik Lady, so malam tu Cik Lady pun pening gak nak masak ape kan... teringin nak masak merah, tapi nak jugak rasa honey..tapi x jumpa resepi yang menarik...last2 tengok resepi akak ni macam menarik pulak.... So Cik Lady pun try lah dan improvised sikit kasik lebih ummphh...

Jom tengok gambar Lobster Masak Butter Cik Ladyyyy.......heheheh sila lah pujiii kekekekekek...


Tadaaaaa....look at that beauty....sooo delicioussss.....hhehe masuk bakul angkat sendiri kekekeke

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk masak lobster yang ohsem ni okayy...


Wednesday, April 1, 2015

Jom Like FB Fan Page "Diari Cik Lady"

Salam dan hi korang,

Entri kali ni Cik Lady postkan secara serentak di ketiga-tiga blog kesayangan Cik Lady... :)

Seperti semua sedia maklum, kalau tak tahu lagi pasni akan tahu kot :P Cik Lady ada 3 blog yang dikendalikan secara serentak menggunakan aplikasi Blogpost ini.. Alhamdulillah, cik lady dah berblogging sejak tahun 2008..dulu blog cik lady bernama "Lady In The Pink"..dah lama Cik Lady tutup blog tu atas sebab2 tertentu... 

Imaginary Craziness
Akhirnya Cik Lady datang kembali dengan blog  "Imaginary Craziness"  yang memberi fokus pada kehidupan dan pengalaman Cik Lady di samping aura-aura positif yang Cik Lady nak kongsikan bersama para pembaca di luar sana...Alhamdulillah, blog ni mendapat sambutan especially tentang tips2 dan pengalaman Cik Lady sendiri dalam dunia kecantikan..ecehhh orang perempuan dengan dunia kecantikan memang tidak dapat dipisahkan.. Alhamdulillah, post Cik Lady tentang "Cerita SKII Saya" mendapat sambutan yang menggalakkan..malah Cik Lady juga berhubung secara terus dengan kawan2 yang emel pada Cik Lady, dan alangkah bahagianya pabila ada di kalangan kawan2 baru Cik Lady ni turut mendapat manfaat ketika membeli SKII daripada tips2 yang Cik Lady share....

Blog Imaginary Craziness

Wednesday, March 18, 2015

Celebrate Besday dengan Kek Ais Krim Baskin Robbins

Salam dan hi semua,

Dah lama cik lady tak upload kat sini kan... Bulan lepas cik lady baru saja celebrate besday cik lady yang ke-ehem ehem pada 15 Februari (satu hari after v-day)...haaa senang nak ingat kan?? Sebenarnya dalam kalangan keluarga cik lady, seorang lagi aunt cik lady sambut besday yang sama tarikh tapi kami berbeza 10 tahun lah... no wonder kami boleh klik together dan kamceng jer huhu.. Cik lady pun selalu je lepak kat rumah dia sebab mak (my nenek tiri yang jaga cik lady since small) tinggal with her..so selalu kita kan macam rasa best kalau dapat jumpa mak kita kan...


Jeng jeng jeng....apa kat dalam tu? 

So last month, kami memang dah plan nak celebrate sama-sama...hmmm setiap tahun pun selalu begitu, bukan family or hubby yang plan kan, selalu diri kami sendiri yang plan untuk besday sendiri... Pagi2 kitorg berdua mesti msg each other "Happy birhtday to meeee!" hahahah lps tu buat birthday party untuk diri sendiri kekekek..

Wednesday, November 5, 2014

Resepi Wild Berry-Juice-ala-Booost

Assalammualaikum dan hi korang,

Sorry lama cik lady tak update kat sini..biasalah, time ada mood baru la rajin nak amik gambar n update kekeke

Okay, ni cik lady nak cerita, cik lady dan kawan2 baik cik lady ni mmg suka sgt minum air jus buah buahan kat Boost tu, alar sekarang kan dah banyak outlet Boost kat pasar raya.. Mmg cik lady pernah try yang lain, tp tekak ni mmg lebih gemarkan jus dari Boost..so one of my faveret drink ialah Wild Berry Juice diorg.. Setiap kali pergi, setiap kali tu lah jugak order minuman ni, xleh nk switch ke minuman lain, tatau pasaipa.. Hehehe mgkn sbb nilai wild berry yg lebih mahal berbanding buah-buahan lain kot.. ye lah, sekotak mixed berries fresh jer dah RM27...kekeke

Friday, September 12, 2014

Resepi Spagetthi Bolognese serve with Beef Steak and Salad yang sgt awesome!

Assalammualaikum semuaaaa...

Sorry lama cik lady tak update blog ni, sedar2 dah pun berlalu raya puasa...n sedar2 dah bulan Sept 2014...wahhh...

Cik lady dah lama x masuk blog sbb baru saja kena demam denggi, haihhh disebabkan nyamuk seekor, habis seluruh badanku lemah.. Baru je kena n now masuk minggu ke-3 badan masih lemah2, probably nak recover kot. Apa2 pun uolls jagalah diri n kediaman, jgn kasi chance nyamuk tu hidup..sbb teruk sgt kena demam denggi ni.

Okay enuf says..so dah lama gak cik lady x masuk dapur, yer lah x de selera nak makan, nak masak sendiri apatah lagi..xde tenaga lgsg. So smlm, after balik ofis, tetiba cik lady teringin nak makan ni..n mmg lately my family termasuk my mum pun sgt2 favourite full dish ni huhuhu