Friday, September 12, 2014

Resepi Spagetthi Bolognese serve with Beef Steak and Salad yang sgt awesome!

Assalammualaikum semuaaaa...

Sorry lama cik lady tak update blog ni, sedar2 dah pun berlalu raya puasa...n sedar2 dah bulan Sept 2014...wahhh...

Cik lady dah lama x masuk blog sbb baru saja kena demam denggi, haihhh disebabkan nyamuk seekor, habis seluruh badanku lemah.. Baru je kena n now masuk minggu ke-3 badan masih lemah2, probably nak recover kot. Apa2 pun uolls jagalah diri n kediaman, jgn kasi chance nyamuk tu hidup..sbb teruk sgt kena demam denggi ni.

Okay enuf says..so dah lama gak cik lady x masuk dapur, yer lah x de selera nak makan, nak masak sendiri apatah lagi..xde tenaga lgsg. So smlm, after balik ofis, tetiba cik lady teringin nak makan ni..n mmg lately my family termasuk my mum pun sgt2 favourite full dish ni huhuhu


So smlm ketuk ketang kat dapur, siaplah Spagetthi Bolognese serve with Beef Steak & Salad.. Sebenarnya resepi ketiga2 hidangan ini dah ada dlm blog ni..tapi kat belakang2 lah.. Tapi xpe cik lady kongsikan kembali resepinya ya... So korang try lah buat kat rumah, percayalah...full dish ni mmg sgt2 puas hati sbb semua ada dlm satu pinggan - pasta, steak & salad! Kenyang n simple n sedaapp!! Selamat mencuba!!





Spagetthi Bolognese serve with Beef Steak & Salad

Resepi Pasta-Spagetthi
Bahan2 yg diperlukan:

Sepeket spagetthi (brand tesco sedap! )
Air
Minyak
Garam
Serbuk oregano

Cara2 memasak:

1. Rebus spagetthi dlm air yg byk (kalau rebus dlm belanga besar lebih sedap)
2. Masukkan garam secukup rasa
3. Masukkan minyak/mentega

Tips: pastikan anda memantau proses memasak spagetthi (kat sini letaknya kekuatan/kesedapan sesuatu masakan Spagetthi Bolognese). Sentiasa test food dgn mencuba pasta tersebut (cubit n makan sikit) utk pastikan pasta tidak terlalu kembang (terlebih masak) atau terlalu keras (tak masak). Pasta yg baik masih rasa kenyal (tak kembang) n ada rasa masin sedikit.

4. Bila pasta dah masak, angkat dan tos.
5. Pasta yg telah ditoskan (air dah kering) cepat2 dituang minyak masak/olive oil atau mentega pun boleh (sgt wangi) utk memastikan pasta x melekat nnt bila dah sejuk. Gaulkan.
6. Taburkan serbuk oregano kat pasta td utk bau yg wangi dan mencantikkan pasta. Gaulkan. Siapp!

Resepi Kuah Pasta - Beef Bolognese
Bahan2 yg diperlukan:

Minyak masak
Bawang putih
Bawang merah
Daging cincang (lembu/ayam) - kalau dpt yg fresh lg bagus, if not yg frozen cap Ramly pun ok, if not guna sosej je cincang kecik2 pun ok
Sosej (kalu nak tambah bahan2 la kasi meriah)
Serbuk lada hitam
Tomato - dipotong
Kuah spagetthi jenama Prego (2 tin original)
Air
Susu fresh milk
Cheese
Garam
Gula
Serbuk oregano

Cara2 memasak:

1. Panaskan minyak dlm periuk
2. Tumis bawang putih yg telah dicincang halus - hingga kuning n naik bau
3. Masukkan daging cincang, sedikit garam & serbuk lada hitam - goreng hingga kekuningan n wangi
4. Masukkan bawang besar - gaul
5. Masukkan tomato.
6. Masukkan sos Prego 2 tin & air (selalu sukatan air cik lady sukat guna tin tu balik. Kalu 1 tin sos, air separuh tin n leh gaul2 dgn saki baki sos dlm tin tu- jgn membazir kekeke. So kat sini 1 tin lah air sbb sos guna 2 tin.
7. Biar kuah mendidih.
8. Masukkan susu fresh milk (setengah cawan) - tuang je bergantung korang nk rasa lemak byk mana.
9. Masukkan 3 keping cheese-gaul n biar mendidih.
10. Masukkan garam.
11. Kemudian baru masukkan gula utk rasa yg manis - lebihkan gula dr garam. Tips: kuah spagetthi yg lebih manis drpd masin lagi sedap!
12. Sblm tutup api, masukkan baki bawang besar (dipotong dadu) dan serbuk oregano. Siappp!!






Resepi Beef Steak
Bahan2 yg diperlukan:

Kepingan daging - saiz n ketebalan ikut citarasa msg2
Garam
Minyak
Serbuk pemerap daging jenama McCormick (beli kat tesco)

Cara2 memerap n memasak:

1. Cuci daging bersih2. Masukkan garam secukup rasa.
2. Masukkan minyak.
3. Masukkan serbuk pemerap daging Wacormick. Kalau xde, guna serbuk lada hitam pun dah cukup!
4. Perap sekejap.
5. Panaskan api, guna grill pan jenama Ikea kalu ada. Panggang daging hingga masak tp tidak terlalu kering. Siappp!!

Resepi Salad
Bahan2 yg diperlukan:

Salad lettuce romaine (beli kat aeon big/tesco kat area salad/sayuran
Tomato cherry
Sebiji lemon
Garam
Serbuk oregano

Cara2 membuat salad yg awesome ini:

1. Bersihkan salad lettuce romaine dgn air - toskan air. Potong kecil supaya senang masuk mulut.
2. Potong tomato cherry supaya senang makan. Gaul dgn salad td. Kalu nk tambah sayur pun boleh cthnya timun jepun dihiris halus or lada benggala - ikut suka.
3. Perahkan jus lemon - campur dgn garam n air masak n serbuk oregano.
4. Tuangkan sos lemon tadi n gaul salad korang. Tadaaa.. Siappp!

So apa tunggu lagi, sila lah serve masakan anda ala2 masterchef yerr kekekke selamat mencuba!

*semua resepi ni cik lady cipta sendiri n ada yg belajar dgn kawan (kemudian cik lady inovasikan sket) nak bagi sedap ikut mulut org malaysia kekekek n cik lady share kat sini resepi ni xde nak hide2 special ingrediants.. Kuah tu sedap kalu guna cheese byk2 esp cheddar cheese n serbuk parmesan cheese (dlm kuah n tabur atas kuah utk serve). Good luck korang!!! Meh layan gambar last...*sorry gambar2 agak blur tatau kenapa, slalu okay je cik lady upload trus dr hp ni....



- lady d

2 comments:

  1. hye cik ladyyyy...shida again n again....mmg tak puas baca blog u...dr satu entry ke entry yg seterusnya ....memang menarik...tertarik ~ngeee~
    ..if u dont mind bley tak cik lady share kan entry Malaysian NOODLES... rasanya byk kot...yg base kita ketahui laksa, mee rebus, mee kari....ade jer blog yg wat entry ni...cuma pnh kena resepi "kurang" menjadi....
    ok cik lady selamat berhujung minggu....n have a lovely day with ur family....tadaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah hai @shida abd drani.. thanks for reading my both blogs.. actually, saya ni xde la pandai sgt masak..n xde la rajin masak hari2.. bila mai mood tu, wahh kemain masak kekekek.. btw, yg resepi spagetthi ni mmg saya share everything..shida boleh try buat, folo je step by step.. even, now my mum pun dah jadi peminat my spagetthi ni, tiap2 minggu mesti minta buat huhu... yang laksa, nnt cik lady share sbb my mum ada resepi yg simple tp sedap! tat one is her champion la huhu.. selamat mencubaa!

      Delete