Tuesday, January 29, 2013

Hari Ni Nak Masak Apa?

Salam and hi semua,

Sorry dah lama cik lady tak berblog.. mood berubah2.. kejap rasa bersemangat nak berblog.. kejap rasa malas sungguh la nak log in blog ni.. Maybe cik lady ni jenis yg tak berapa suka nak share citer peribadi sebenarnya... tapi bab-bab masakan, cik lady rasa mcm okay ja.. why not berkongsi resepi yang simple-tapi-sedap dengan kawan2 silent readers di luar sana...

Okay, hari ni 30 Jan 2013... sebenarnya, da lama jugak dapur cik lady tak berasap.. I mean, bukan x masak lgsg, mama cik lady rajin jer masak.. tapi tulah, bila kita ni ada mak kat rumah.. mmg manja abis lah hahah keja makaaaan ja... so skrg mama da balik penang, cik lady pun baru aja ngemas dapur tu cun2 punya (nak memasak ni kenalah dapur tu bersih, baru semangat sikit).. Okay lah, xnk membebel panjang...


Cik lady teringat nak masak la hari ni.. cuma tak dak idea nak masak apa utk hubby dan dadam.. Btw, cik lady skrg tgh diet nasi... dah seminggu lebih x mkn nasi.. tp bukan lah tak mkn lgsg, ada jugak sikit2 semulut dua, tp mmg kurang habis lah... kami "Geng Baju Hijau" tgh bersemangat nak turunkan berat badan huhu... memula mmg perit sikit, tp disebabkan ada geng yang sekepala n saling memberi semangat (menerusi wassap group) rasa mcm perggh best gak diet camni... Memula cik lady rasa susah tul... apatah lagi weekend baru ni balik ke penang and kedah.. mak aiii, nasik kandaq plak berlambak... aduhhh, dugaan besar tul! tp dengan adanya kwn2 baik geng-baju-hijau tu, rasa mcm semangat tuk tinggalkan nasi tu tinggi! mmg end up, cik lady byk ratah lauk jer.. hmmmm sedap gak rupanya ratah meratah ni huhu... n kenyang pon!

Bila husben cik lady makan nasi menimbun, trus cik lady rasa errkk nmpak berat sgttt eheheh (berlagak sungguh!)... anyway, memandangkan kami-on-diet skrg ni, kami bykkan ratah lauk, sayur2 dan juga mkn menda2 yang sup2 or ganti nasi dgn meehon-koayteow-dan sewaktu dengannya... :) berjaya!

So, nk kata berat tu dah kurang, tak de la nmpak jarum penimbang tu ke arah kiri lagi.. tapi, rasa badan makin ringan adalahhh :) mgkn cik lady kena bykkan exercise sama, baru lah burn lemak2 ni huhuhu...

Okay, back to our recipe for tonite, cik lady ingat nak buat sup sayur, with ayam panggang mcm tu... kire husben n dadam boleh lah mkn nasi with sup n ayam... n cik lady nak ratah jerr lauk tu huhu... so ptg nnt balik, nak singgah kedai runcit beli brg2 fresh tu... balik, masak nasi.. trus potong-cuci sayur... peram ayam.. n masak! harap dapat siap sblm magrib sbb mlm ni husben cik lady nak pegi main futsal kul 9 mlm... dia kena la makan awai.. kang nnt bergerodak ayam n sup dlm perut dia hihi...

Okay lah, bahan-bahan utk sup simple saya ialah :

Bawang putih
Bawang besar
Lobak merah
Ubi kentang
Bunga kobis
Sawi hijau
Jagung kecil
Lada benggala (capsicum)
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi - masukkan isi ayam (kalu nak rasa sedap)
2. Masukkan air - letak ubi kentang - reneh hingga lembut
3. Masukkan semua sayur lain yg telah dipotong2 kecuali sayur sawi n lada benggala
4. Agak2 sup da mula mereneh - baru masukkan sawi dan lada benggala
5. Last baru letak garam secukup rasa n serbuk lada hitam
6. Siap ! ;)


Bahan-bahan utk ayam panggang :

Isi ayam - bahagian dada
Garam
Serbuk lada hitam
Sos tiram
Kicap manis
Serbuk oregano

1. Basuh isi ayam dgn tepung or cuka (utk hilang bau hanyir)
2. Perap dengan garam secukup nya
3. Then baru perap dgn bahan2 lain
4. Tips : kalau nak cepat rasa serapan bhn2, letakkan air 100 plus or ais krim soda! percayalah sedap!
5. Panggang atas minyak nipis di atas kuali - voila!

Selamat makan malam kawan2 , esok cik lady cuba upload gambar eh :)

Luv u alls,
cik lady

No comments:

Post a Comment