Monday, July 23, 2012

Sambal Belacan Goreng

Salam and hi korang,

Haaa ini lagi satu pelengkap kepada lauk kita pada hari ini iaitu Sambal Belacan Goreng! wah wah, macam menarik kan?? apa kata sekali sekala kita try menda baru kan? ubah selera pasangan kita sket, maka semakin sayanglah mereka kepada kita muahahah... so jom buat sambal belacan goreng, pelengkap kepada asam pedas melaka saya dan ayam goreng berempah besst saya hahaha..

Sambal belacan goreng by Lady D ;P

Bahan-bahannya:



10 tangkai cili padi /cabai melaka *
3 tangkai cili hidup *
3 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 genggam ikan bilis *
2 inci belacan *
garam
minyak masak
perahan jus limau nipis

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dlm kuali
2. Goreng semua bahan bertanda * dalam kuali tadi... agak2 da okay, angkat
3. tumbuk bahan tadi dalam lesung batu...
4. Masukkan garam dan perahan jus limau secukup rasa...

tadaaaa..... siapp... leh hidang ngan ulam-ulaman atau kat sini sy guna timun jepun je sbb hubby sy suka mkn timun ni... sedapppp.... selamat mencuba !

lady d

No comments:

Post a Comment