Wednesday, December 15, 2010

10 easy steps to make Famos Amos' Cookies

Salam korang,

Sempena petang yang mulia ni, memandangkan cik lady dah nak balik kejap lagi (pegi gym dulu)... cik lady nak post pasal the making of Famos Amos' Cookies...hmmmmm the taste..the smell... yummmy..! walaupun tak de la 100% spt Famos Amos yg famos tu http://www.famous-amos.com/...tp boleh la kalu korang nak try kat umah... very the simple n easy...

Biskut ni cik lady wat time raye hari tu.. first week puasa dah start testing kat umah.. n the result? ---> encik hubby suker... ;) so, tanpa membuang masa, cik lady amik la gambar2 utk cik lady kongsi ngan korang...dan resepinya yang sungguh mudah itu..oh i lurrrvee it!

cik lady tambah bersemangat bila encik hubby belikan Pengadun atau Mixer jenama Pensonic yang sungguh affordable itu... (tak sampai rm 100 pun kat Giant)... lagi la senang keje cik lady, tak yah adun pakai tangan ;P


 


Okay, bahan-bahan yang diperlukan adalah sgt mudah diperoleh dan disukat... iaitu :

1 1/2 cawan tepung gandum
150 gm    butter
1       cawan nestum
3/4    cawan gula castor/ gula pasir / brown sugar
1       biji telur
1       sudu teh esen vanilla
1/2    sudu teh baking powder
1/2    sudu teh soda bicarbonat
1       cawan choc chips
1       cawan raisins

senang je kan? mcm ni lah cik lady sukat n siapkan bahan2 tu....



 

 

Cara-cara nak start wat cookis famos amos ni:

1. Kacau mentega dan telur hingga kembang, macam ni :




 2. Kemudian, masukkan esen vanilla ke dalam adunan yang dah kembang tadi, dan terus kacau :



3. Kemudian, masukkan tepung bersama nestum ke dalam adunan tadi, korang akan rasa adunan jadi makin padat n keras...


4. Setelah itu, masukkan serbuk penaik dan soda  bikarbonat ke dalam adunan... nak bagi cookies tu kembang sket, baru comei...:)

 

5. Bila rasa adunan dah okay, barulah masukkan choc chip berselang seli  ngan raisins.... kalu nak cantik lagi, setiap kali letak choc chip atau raisins tu,  taburkan tepung dlm adunan tu.... mcm ni:




 

6. Yeayy, adunan dah siap.... skrg tiba giliran tuk kita menggentel-gentel cookies tu n letak atas talam... cik lady guna tudung periuk jer heheheh.....




7. At the same time, korang panas kan oven pada suhu 170'c selama 10 minit supaya bila kita nak masukkan cookies nnt, cantik la cookies tu masak....

 

 8. Setelah itu, masukkan cookies ke dalam oven selama 15 - 20 minit... jaga-jaga , jgn sampai hangit ya....

 

9. Setelah itu, keluarkan cookies yang siap dibakar, dan sejukkan dulu cookies tu....


 

 

10. Akhir sekali, masukkan cookies ke dalam  balang dan mulut korang heheheheheh....

 

 

Cookies Famos Amos' cik lady dah siappppp.. yeayyy...! senang bukan? korang try la... pastu jgn lupa bagitau feedback kat cik lady ya... sedap ke tak? rangup ke tak?? hmmmm yummmy!.... good luck ppl!


No comments:

Post a Comment